Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Usia Kandungan Cecah 7 Bulan, Peminat Teka Jantina Bayi Ain Edruce

today1 March 2021

Background

Bahagia menjalani kehidupan sebagai seorang isteri dan bakal bergelar seorang ibu, sedar tak sedar kandungan pelakon dan pengacara Ain Edruce sudah cecah 7 bulan.

Cepat betul masa berlalu.

Pada 1 Mac 2021, Ain telah memuat naik perkongsian mengenai perkara itu di Instagram miliknya.

Terlihat ceria dalam persalinan serba putih, Ain dan suaminya iaitu Amirul Hafiz melakukan sesi fotografi untuk merakam saat indah bersama bayi di dalam kandungan.

Melalui caption:-

“Betul lah orang kata best moments happen when they are unplanned. Alhamdulillah. 7 months dah. Thank you semua yang mendoakan. Having a loving husband is a blessed. Yang korang nmpk yang happy je.. yang emo2 mirul je tahan. Hahaha. Love you daddy.. ❤️”

Bersyukur dengan usia kandungan yang sudah berusia 7 bulan, Ain merasakan ia adalah detik indah yang tidak dirancang.

Selain berterima kasih kepada semua yang mendoakan, Ain turut bersyukur dikurniakan seorang suami yang penyayang.

Dalam pada itu, perkongsian Ain ini mendapat perhatian para pengikutnya.

Ada pula yang cuba meneka jantina bayi dalam kandungan.

Tidak kiralah bayi perempuan atau lelaki, yang penting ia dapat membesar dengan sihat.

Semoga keadaan kesihatan Ain pun baik-baik saja sehingga waktu melahirkan nanti.

 

Baca artikel berkaitan: Geram! Kalah Dalam Whisper Challenge, Ain Edruce Tarik Rambut Suami

Sumber: Instagram Ain Edruce

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

Sukan

Melaka United kekal warna keramat

amhmetro.com.my Melaka: Melaka United Football Club (MUFC) mengekalkan warna hijau sebagai jersi utama pasukan berkenaan yang sinonim dengan skuad Hang Tuah bagi saingan Liga Malaysia 2021. Majlis pelancaran jersi baharu berkenaan disempurnakan Ketua Menteri Melaka yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (Musa), Datuk Seri Sulaiman Md Ali di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput malam tadi. Sulaiman berkata, majlis pelancaran kali ini mencatat sejarah diadakan secara atas talian... Klik sini […]

today1 March 2021