Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Video TikTok Pertama Fikry Ibrahim Buat Peminat Terhibur, Kedudukan Aeril Zafrel Kini Tercabar

today5 April 2021

Background

Nampaknya pelakon Aeril Zafrel yang juga Mr. President TikTok kini sudah mempunyai pesaing selepas pelakon Fikry Ibrahim kini juga sudah berjinak-jinak membuat video di aplikasi tersebut!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ahmad Fikry (@fikryibrahim)

Pada 5 April, Fikry telah membuat akaun TikTok miliknya sendiri dan memuat naik video pertamanya!

Mungkin disebabkan pertama kali, Fikry kelihatan agak kekok menggunakan aplikasi tersebut sehingga beliau terlupa untuk meletakkan lagu dan membuat sebarang pergerakan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ahmad Fikry (@fikryibrahim)

Video tersebut telah ditonton sebanyak 90 ribu, hampir 9 ribu likes serta Fikry juga telah mempunyai seramai hampir 4 ribu followers di aplikasi TikTok!

Memang bukan biasa-biasa dah ni, tak salah sekiranya Aeril Zafrel rasa tergugat dengan kedudukannya yang sekarang ni.

Lebih menarik lagi apabila video tersebut turut berjaya membuat pengikutnya terhibur walaupun ia hanya video kosong tanpa apa-apa effect atau pergerakan.

Maklum lah, Fikry ni kan pelawak jadi tak mustahil kalau beliau tak buat apa-apa pun orang dah terhibur kan.

Harap lepas ni ada lah video Fikry bersama dengan Aeril, baru lah sama-sama naik kan!

Sumber foto dan video: Instagram Fikry Ibrahim

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post