Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Wajah Anak Perempuan Macam Ibu, Aliff Syukri Kata Raudhah Garang Ikut Shahida

today17 June 2021

Background

Memiliki anak yang ramai merupakan satu rezeki yang tidak ternilai bagi pasangan suami isteri kerana itu merupakan anugerah yang paling berharga bagi mereka.

Tapi jangan tak tahu, ada juga anak yang bersikap garang dengan ibu atau ayahnya tau.

Begitu juga apa yang diberitahu oleh usahawan Datin Shahida apabila salah seorang anak daranya iaitu Raudhah Arshiyah sering kali bersikap garang terhadap bapanya, Dato’ Seri Aliff Syukri.

Datin Shahida dan Dato’ Seri Aliff Syukri memiliki seramai lima orang cahaya mata dan seorang anak angkat.

Menerusi posting terbaharu Shahida di laman Instagram miliknya, terdapat beberapa keping foto anak-anak dara mereka berserta caption yang mencuit hati.

Menurut Aliff, sikap garang yang dimiliki oleh Raudhah itu persis seperti ibunya itu.

Tak sangka pula yang Shahida ni garang, nampak macam lembut je orangnya kan.

Dalam masa yang sama, ramai yang memuji kecantikan wajah anak-anak perempuan Aliff dan Shahida.

Tak dinafikan Raudhah memiliki wajah persis seperti Shahida, kata orang mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan?

Tapi sebenarnya anak mereka ni memang semuanya cantik dan kacak belaka kan?

Sumber foto: Instagram Datin Shahida

Written by: Ainaa Hafizah