Rakyat Malaysia perlu menerima kenyataan bahawa sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun 2021 masih perlu diraikan dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan.
Dalam penerimaan tersebut, penyanyi dan pelakon Naim Daniel telah menyatakan hasrat hati kepada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 7 Mei 2021.
Baca artikel berkaitan: “Auto Unfollow!” Letak Caption Ada Love Siap Pakai Baju Putih, Naim Daniel Dan Iman Troye Bercinta?
Melalui satu hantaran yang dibuat di akaun Instagram beliau tersebut, Naim menegur ‘segelintir’ pihak atasan yang tidak memainkan peranan dan tanggungjawab untuk mengekang penularan COVID-19 sedangkan rakyat sudah memberi kerjasama.
Beliau menulis pada ruangan caption bahawa ucapannya itu mewakili seluruh rakyat Malaysia.
“Nota kecil buat @mkn_rasmi .
Nota ini saya wakilkan rasa kita semua, rakyat Malaysia. Kalian tidak keseorangan.
Sekarang, bukan sahaja kita jaga kita.
Kita kuatkan kita.
#kitakuatkankita#kitajagakita”
Hantaran Naim ini mendapat sokongan ramai pada ruangan komen menandakan bahawa ia teguran yang berasas.
Sama-sama kita beringat dan memainkan peranan masing-masing untuk menghapuskan COVID-19 yang masih membelenggu dunia ketika ini.
Sumber: Instagram Naim Daniel