Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Waktu AJL Dia Nervous” Suara Makin Improve, Uyaina Arshad Puji Persembahan Nabila Razali

today25 March 2021

Background

Demam Anugerah Juara Lagu Ke-35 nampaknya masih lagi belum habis lebih-lebih lagi selepas persembahan penyanyi Nabila Razali dikecam hebat oleh para penonton.

Namun kini Nabila telah membuktikan kepada penonton apabila beliau mampu menyanyi dengan baik berbanding ketika persembahan di pentas akhir AJL35 yang lalu.

Video persembahan Nabila itu telah dikongsikan sendiri oleh pengacara Uyaina Arshad ketika menghadiri sebuah acara bersama-sama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UA (@uyainaarshad)

Nabila telah menjadi duta kepada sebuah produk makanan dan turut sempat membuat persembahan bagi menghiburkan penonton.

Rata-rata pengikut Uyaina turut memuji suara Nabila dan mengakui beliau telah membuat banyak perubahan berbanding ketika AJL35 yang lalu.

Mungkin ketika itu Nabila berasa lebih confident berhadapan dengan penonton dan tidak berasa gemuruh.

Setiap orang kan layak untuk mendapatkan peluang kedua, jadi tak mustahil kalau selepas ini Nabila dapat menyanyi dengan lebih baik kan?

Baca juga artikel sebelum ini:

Elak Cyberbully, Instagram Nabila Razali Terus Dihujani Kata-Kata Semangat

Sumber foto dan video: Instagram Uyaina Arshad dan Nabila Razali

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post