“Rasa lauk tu jangan ditanya…yang penting makan sambil tido tu nikmat…hahaha”
Menjelang Ramadan pasti ramai ibu-bapa berasa teruja untuk mendidik anak mereka belajar berpuasa bersama-sama, namun cabaran besar pastinya ketika ingin membangunkan anak-anak untuk makan ketika sahur.
Berbeza pula dengan suasana berbuka, tidak perlu disuruh rata-rata anak sudah ‘automatik’ berada di meja makan terlebih dahulu, malah ada yang sanggup tunggu di meja makan sejam awal sebelum waktu berbuka.
Jika sewaktu bersahur, macam-macam gelagat dan telatah yang dapat kita saksikan, ada yang makan seperti ‘zombie’, ada pula yang ibu-bapa terpaksa menyuap dek kerana tidak mampu membuka mata.
Menyelami kisah ini, penyanyi Tomok ada berkongsikan satu hantaran video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, mempamerkan gelagat anaknya, Arrian yang tiba-tiba menjadi ‘auto pilot’ menyuap diri sendiri ketika bersahur.
View this post on Instagram
Lucu! Situasi ini bukan sahaja sering berlaku kepada kanak-kanak, malah kita yang dewasa ini juga kadang-kala lebih ‘parah’ daripada Arrian.
Jangan dikata lauknya masin, keras sekali pun pasti ditelan demi mendapatkan tenaga untuk berpuasa di siang hari.
Biarpun demikian, peristiwa sebegini pasti akan menjadi kenangan manis yang mampu tersemat indah sebagai memori sewaktu di zaman kanak-kanak.
“Anak saya lagi teruk…makan sambil menungging…pastu berguling guling siap atas tikar. Minum air pakai straw…tapi bukan masuk cawan pun straw tu…dia hirup angin..pastu sendawa..konon dah kenyang..adoi…??????”
Rata-rata warganet amat terhibur dengan telatah lucu Arian ini, ada yang turut mengimbau kembali zaman mereka dahulu dan kejadian seperti ini tidak pernah berubah dari zaman-berzaman, namun peristiwa sebegini masih mampu mengukir senyuman jika diingatkan semula.


Bagus la Arrian ni! Walaupun kepala layu ke kiri ke kanan pun masih tak lupa suap nasi dalam mulut ye, semoga Arrian kuat untuk terus berpuasa. Chaiyok!
Ditulis Oleh : Puteri Haideera Zuraidi
Sumber: Instagram Tomok