Connect with us

Yang Hangat

Wanita Hamil Cedera Parah Dilanggar Kereta Cik B, Dato Seri Vida Gesa Mangsa Diselamatkan

Mahu luruh jantung, Dato Seri Vida risau anak kesayangan mengalami trauma!

Published

on

“Selamatkan nyawa dulu bukan sibuk bertekak pasal undang-undang…DSV and Cik B tu tak akan lari ke mana…1 Malaysia kenal!”

Kecoh! Gara-gara benarkan anak di bawah umur pandu kereta mewah dengan kadar had laju, anak kepada usahawan kosmetik Dato Seri Vida didakwa ‘melanggar’ seorang wanita hamil yang dikatakan cederah parah di tempat kejadian.

Memuat naik beberapa video di laman TikTok, Dato Seri Vida atau DSV ada berkongsi detik-detik cemas rakaman kejadian sejurus insiden berlaku menampakkan mangsa ibu hamil yang sedang meraung terbaring sebelum digesa dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

@datoserividaofficial##fyp ##tiktokmalaysia ##tiktok♬ original sound – QU PUTEH BARULAH PUT

Dalam kejadian yang berlaku, Cik B  didakwa ‘memandu kereta’ di bawah had umur dan dikatakan memandu secara laju sebelum melanggar mangsa berkenaan.

Rakaman yang sempat terakam mempamerkan beberapa minit aksi bertekak di mana orang ramai mula menuding jari kepada anak usahawan tersebut sementara Dato Vida pula dikatakan lebih bersikap matang dan bertanggungjawab semasa mengendalikan insiden berkenaan meskipun dirinya resah memikirkan kesan trauma yang bakal menimpa kepada Cik B.

“Apehal orang-orang dekat situ cakap banyak snagat dah tahu mangsa tenagh sakit bukan nak pergi bawa selamatkan orang yang sakit dulu ni sibuk nak bawa cikb gi balai…dato vida pun lagi matang dalam kes ni! banyak kali kot dia jerit suruh bawak selamatkan dulu mangsa”

Rata-rata warganet memuji tindakan DSV yang menggesa mangsa untuk dibawa ke hospital meskipun keadaan yang terlihat tegang mahu menyalahkan anaknya itu sebelum dirinya tegas menyatakan mahu bertanggungjawab dan memberi kerjasama kepada pihak polis.

Mengetahui bahawa usahawan ini pernah menghadapi trauma, DSV terlihat begitu bimbang jika Cik B turut bakal mengalami tekanan kerana insiden berkenaan dan meminta anaknya itu untuk bertenang meskipun risau akan orang ramai yang seperti lambat memberi bantuan dan melengah-lengahkan masa untuk membawa mangsa hamil mendapatkan rawatan.

Walau bagaimanapun, melihat raut wajah DSV yang semakin panik, Cik B mula menjelaskan bahawa kejadian tersebut hanyalah rekaan semata-mata serta prank yang telah dirancang baik oleh pihak produksi sebuah rancangan televisyen.

Sejurus menyedari beliau cuma dikenakan, DSV mulai rebah dan menangis sebelum dipujuk kembali oleh anaknya dan pihak produksi.

Perasaan lega yang dirasai oleh seorang ibu itu dapat dilihat dengan jelas setelah mengetahui Cik B atau dengan nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen ini tidak bersalah di mana sebelum ini anaknya itu juga pernah terpalit gara-gara video viral memandu kereta dibawah umur meskipun di perkarangan rumah.

Jelaslah bahawa tiada sebarang kecelakaan yang menimpa malah, mangsa ibu hamil yang dikatakan cedera parah itu juga merupakan lakonan semata-mata.

Syukurlah insiden tersebut hanyalah sebuah gurauan yang dikenakan namun diharapkan semuanya tidak mendatangkan kesan apa-apa kepada DSV meskipun mengetahui bahawa dirinya pernah mengalami trauma kehilangan dua anak lelakinya dalam sebuah kebakaran.

Tak baik tau Cik B kenakan mama…kesian mama tau, moga-moga kita semua sentiasa dilindungi  daripada sebarang kecelakaan yang bakal menimpa.

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: TikTok Dato Seri Vida

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7710 8822
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Hot FM
secara live di aplikasi
Tersedia di