Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Workout Dekat Rumah, Ramai Risau Alif Satar Kena ‘Rembat’ Dengan Isteri Sebab Campak Baby Chair

today15 June 2021

Background

Nampaknya ramai sudah tidak tahu nak buat apa di rumah sepanjang tempoh total lockdown ini selain melakukan aktiviti harian yang sama setiap hari.

Bagi selebriti Alif Satar, beliau kini berada di tahap yang sangat sakit hati apabila view di balkoni rumahnya berhadapan dengan kolam renang tetapi beliau terpaksa menerima hakikat tidak dapat berenang di kolam terebut.

Disebabkan itu, beliau mengambil keputusan untuk merakam video perkongsian tentang tips workout di rumah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

Namun apa yang telah menarik perhatian pengikutnya di laman Instagram ialah melihat aksinya mencampakkan segala peralatan untuk workout.

Lebih-lebih lagi apabila baby chair milik anaknya turut menjadi mangsa untuk content berkenaan sehingga ia membuatkan ramai terhibur dengan aksinya itu.

Ada juga antara mereka yang bimbang sekiranya Alif dimarahi oleh isterinya kerana mencampak baby chair tersebut!

Confirm off camera ni kena ceramah dengan isterinya, Shadila.

Tapi jangan risau, baby chair itu masih berada dalam keadaan selamat kerana menurut Alif beliau memerlukannya untuk meletakkan phone atau ipad semasa workout.

Apa pun, semoga sepanjang tempoh total lockdown ini kita dapat membuat banyak perkara berfaedah okay!

Sumber foto dan video: Instagram Alif Satar

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post