Hot FM

“You Rock My World” Sambut Anniversary Tahun Ketiga, Ini Ucapan Yuna Kepada Suami

Tahun ketiga berumah tangga membuatkan penyanyi bertaraf antarabangsa, Yunalis Zarai menghargai kehidupannya bersama dengan suami, iaitu Adam Yousof Mohamed Sinclair.

Tanggal 26 Januari 2018 lalu, Yuna dan Adam telah mendirikan rumah tangga sambil disaksikan oleh ahli keluarga terdekat dan sahabat rapat.

Majlis perkahwinan mereka pernah tular disebabkan kemewahan pelamin yang berlatarbelakangkan pergunungan di Bentong, Pahang.

Dalam masa yang sama, pelamin mereka turut menjadi inspirasi kepada ramai bakal pengantin yang mahu merealisasikan majlis perkahwinan impian.

Sempena dengan anniversary tersebut, Yuna telah memuat naik fotonya bersama Adam dengan caption yang ringkas namun penuh bermakna.

Tidak mahu ketinggalan, Adam turut memuat naik foto mereka ketika mendaki bukit di Ragged Point, Big Sur CA, United States.

“Happy anniversary my fellow explorer. Despite being grounded this past year, I still discovered so much with you. Love you Yangi.”

Rungan komen posting pasangan ini telah dibanjiri dengan ucapan selamat daripada teman rapat dan peminat.

Semoga rumah tangga Yuna dan Adam berkekalan hingga ke Jannah!

Sumber foto: Instagram Adam Yousof dan Yuna

Exit mobile version