Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“You So Fake On Camera” Anak Bingung Dengar Rutin Harian Ibu, Aleesya Jujur Kantoikan Erra Fazira!

today24 June 2021

Background

Sudah menjadi kebiasaan jika melihat anak-anak akan lebih mesra dengan ibu mereka berbanding si bapa, hal ini mungkin kerana sang bonda lah yang akan menguruskan segala hal yang berkaitan dengan keluarga.

Bermula dengan rutin harian membuat sarapan pagi sehingga lah menyiapkan segala tugasan rumah dan memberi makan serta pakaian kepada seluruh ahli keluarga.

Pokok pangkalnya! Ibu adalah supermom yang sentiasa konsisten memberi keperluan dan kasih sayang kepada anak-anaknya serta menjadi harapan besarlah buat semua yang bergelar ibu bapa agar anak-anak mereka membesar dengan penuh kasih sayang dan bimbingan yang terbaik!

Mengetahui keakraban seorang ibu dan anaknya memang sukar untuk dipisahkan, kali ini perkongsian video oleh pelakon dan ratu jelita tanah air negara iaitu Erra Fazira mengundang gelak-tawa netizen apabila dia cuba menyahut cabaran yang tular di laman TikTok untuk melakukan perkongsian rutin harian ‘palsu’ di hadapan anaknya, Tengku Aleesya itu.

Memuat naik hantaran di laman Instagram, Erra Fazira ternyata telah di kantoikan oleh anaknya sendiri mengenai rutian hariannya mengetahui niat di hati hanyalah sekadar bergurau dan mahu melihat respon jujur anak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Erra Fazira (@errafazira)

Lebih melucukan perkongsian rutin harian itu dilakukan disamping anaknya yang sudah tentunya sangat mengetahui sikap sebenar sang ibu di rumah.

Malah ia amat berbeza sekali dengan cabaran yang dilakukan oleh orang lain kerana selalunya si anak yang beriya-iya ‘memutar belit’ cerita, namun kali ini Erra yang memilih untuk ‘mengenakan’ anak kesayangannya.

Ibu tunggal ini sememangnya seorang yang sangat sporting kerana sering tampil mesra melakukan video-video menarik bersama anaknya, apa yang lebih melucukan adalah reaksi Aleesya yang akhirnya membuka rahsia Erra yang dikatakan tidak sering membuat sarapan pagi!

“Aleesya mmg tak kaki breakfast.. dia dpt roti dah cukup..! Mom pulak nak pegi pasar n jogging hari2?!! Memang laaaaammberrrttt laaa lagi ??..”

Mengetahui bahawa ia hanyalah sekadar prank dan suka-suka, rata-rata warganet berasa amat terhibur mendengar respon jujur sang anak yang seolah-olah bingung dengan apa yang diberitahu itu, malah orang ramai memuji sikap Aleesya yang tidak sama sekali pandai berbohong dan memilih untuk bersikap terus-terang.

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai meluahkan rasa terhibur melihat gurauan mesra Erra bersama anak tunggalnya itu.

Wah! Sporting betul ya Erra dan anaknya, relax sahaja mukanya waktu nak prank Aleesya!

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: Instagram Erra Fazira

Written by: Azra Azuar