“Kasih Ibu Membawa Ke Syurga, Kasih Ayah Sepanjang Masa..”
Itulah ungkapan yang boleh digambarkan buat pasangan selebriti terkenal, Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila dan juga anak tunggal mereka, Jebat Jayden.
Umum mengetahui bahawa pasangan berkenaan telah sah bercerai pada 9 Julai 2020 secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Walaupun begitu, mereka masih professional mengekalkan hubungan yang baik antara satu sama lain.
Terbaharu, Sharnaaz dilihat meluangkan masa bersama anaknya, Jebat dengan membawanya bersiar-siar di dalam kereta.
View this post on Instagram
Namun apa yang menjadi perhatian adalah gelagat Jebat yang mencium pipi ayahnya itu membuatkan ramai turut tersentuh dan memuji kecomelan Jebat!

Malah, ada juga yang memuji Sharnaaz adalah ayah yang terbaik buat Jebat dan meminta pelakon itu menjaganya seperti mana yang telah diamanahkan oleh Allah SWT.

Suka tengok hubungan baik Sharnaaz bersama bekas isteri dan anaknya!
Semoga mereka semua sentiasa dilindungi Allah SWT.
Sumber : Instagram Sharnaaz Ahmad
Baca artikel berkaitan : “Jebat Tak Akan Pernah Dapat Mak Yang Terbaik Macam Nabila”– Sharnaaz Ahmad
Post comments (0)