Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Yusoff Hilang, Anak Aliff Syukri Ini Ditemui Di Tempat Yang ‘Unik’

today12 April 2021

Background

Membeli-belah adalah satu aktiviti yang meyeronokkan kerana ia dapat menghilangkan kebosanan berada di rumah.

Namun aspek keselamatan perlu dijaga jika membawa anak-anak bersama.

Pada 12 April 2021, isteri kepada Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida, telah memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya.

Ia berkaitan anak lelakinya, Yusoff Al Qardawi yang telah menghilangkan diri ketika dibawa berjalan-jalan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs)

Baca artikel berkaitan: Aliff Syukri Tunjuk Ikan Besar Belaannya, Keterujaan Yusoff Ini Pula Menarik Perhatian

Video tersebut menunjukkan keberadaan Yusoff setelah ditemui Datin Shahida.

Melalui caption:-

“Yusoff hilang lagi!!!!

Kalau bawa jalan pantang la kita lepa kejap terus hilang…tapi tempat dia dijumpai sangat la unik??Baem sampai tutup mata?”

Menurut beliau, Yusoff sudah pernah menghilangkan diri jika dibawa berjalan-jalan.

Tempat anak lelakinya ‘menyorok’ itu juga kelihatan unik kerana berada di kawasan pakaian dalam.

Sementara itu, para pengikut Instagram beliau menulis pendapat mereka pada ruangan komen.

Dengan status Aliff Syukri yang bergelar seorang jutawan, ada juga yang menyarankan beliau menggunakan khidmat bodyguard untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Selepas ini kena lebih berhati-hati ye.

 

Sumber: Instagram Datin Nur Shahida

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

Screenshot 2021-04-12 at 3.20.25 PM

Sosial

Mahu Jaga Aib ‘Geng Plastik Hitam’, Tiada Lagi Van Jenazah Tangkap Orang Ponteng Puasa Di Johor

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET Ramadhan datang lagi tahun ini. Walaupun kemeriahan bulan puasa tahun ini kurang terasa disebabkan wabak COVID-19 yang melanda negara, namun itu bukanlah alasan untuk kita menghargai bulan puasa yang datang setiap setahun sekali ini. Bulan yang penuh keberkatan ini mempunyai pelbagai cerita dan budaya di Malaysia, dari budaya bazar ramadhan, solat terawih, berbuka bersama keluarga atau teman sehinggalah... […]

today12 April 2021