Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Yusuf Iskandar Ikut Siapa? Hairul Azreen Tidak Mengaku Tunjuk Tarian ‘Unik’ Kepada Anak

today21 May 2021

Background

Tingkah laku anak-anak kebiasaannya adalah cerminan ibu bapa yang mendidik dan membesarkan mereka.

Pada 20 Mei 2021, pelakon Hairul Azreen telah berkongsi satu video yang menunjukkan anak sulungnya, Yusuf Iskandar yang sedang menari dengan tarian ‘unik’.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen)

Baca artikel berkaitan: Hari Pertama Di Sekolah ‘Online’, Netizen Teruja Lihat Ruang Belajar Yusuf Iskandar

Bagaimanapun, Hairul menafikan tarian tersebut terinspirasi daripada beliau, sebaliknya memetik nama isterinya, Hanis Zalikha yang pernah membuat tarian serupa.

“Ramai cakap @theyusufiskandar belajar dance dari saya ! tapi inilah sebenarnya cc @haniszalikha
??‍♂️? RUN !!!” 

Perkongsian ini bagaimanapun hanya berbentuk hiburan dan berjaya mencuit hati para penonton.

Sementara itu, Hanis sempat meninggalkan komen beliau untuk perkongsian tersebut.

Namun tarian Yusuf itu dilihat comel, tidak kiralah kanak-kanak itu meniru Hairul atau Hanis.

 

Sumber: Instagram Hairul Azreen

Written by: Hasanah Yusof