Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Yusuf Plus Busuk?” Netizen Puji Yusuf Iskandar Pintar Jawab Soalan Sifir Matematik

today24 May 2021

Background

Keluarga kanak-kanak bernama Yusuf Iskandar tidak lagi asing dalam kalangan rakyat Malaysia.

Anak sulung kepada pasangan selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen itu turut dikenali dengan kepintarannya.

Pada 23 Mei 2021, Hairul telah memuat naik satu perkongsian berkaitan hal itu melalui Instagramnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen)

Baca artikel berkaitan: Yusuf Iskandar Ikut Siapa? Hairul Azreen Tidak Mengaku Tunjuk Tarian ‘Unik’ Kepada Anak

Video tersebut menunjukkan sesi soal jawab antara Hairul dan Yusuf tentang soalan Matematik.

Ia termasuklah soalan sifir 3 yang mudah dijawab oleh Yusuf.

“Yusuf belajar sifir 3 ,

Maths..
#SundayisFamilyday”

Pintar betul Yusuf!

Di penghujung video tersebut, Hairul ada bertanya soalan lucu kepada anaknya “Yusuf + busuk?”

Kanak-kanak itu pula menjawab “daddy!”

Nampaknya Yusuf pun pandai menjawab soalan ‘tricky’ seperti itu.

Dalam pada itu, ramai yang memuji kebijaksanaan Yusuf pada ruangan komen.

 

Sumber: Instagram Hairul Azreen

Written by: Hasanah Yusof


Previous post