Hot FM

Zed Zaidi Mahu Penggiat Seni Terima Vaksin Dahulu, Ini Komen Michael Ang Dan Selebriti Lain

Ketika ini seluruh rakyat Malaysia masih lagi menantikan nama mereka dipanggil bagi menerima vaksin COVID-19 yang mana semua orang perlu bersabar dan menunggu giliran.

Namun satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi mengenai penerimaan vaksin COVID-19 telah membuatkan pengarah Michael Ang berasa terpanggil untuk memberi komen berkenaan perkara itu.

Menurut Zed, golongan selebriti boleh dianggap sebagai frontliners dan mereka turut merupakan golongan yang perlu menerima vaksin terlebih dahulu kerana sekarang ini semua selebriti perlu melakukan ujian saringan sebelum mereka memulakan pengambaran.

Hal itu demikian membuatkan Michael menyelar pendapat tersebut dan menyifatkan selebriti bukan lah frontliners yang perlu mendapat kepentingan seperti itu.

Menerusi posting di laman Instagram milik Micheal, beliau memaklumkan bahawa golongan yang perlu menerima vaksin terlebih awal ialah pelajar sekolah.

Dalam masa yang sama, ada beberapa selebriti tempatan turut bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh pelakon telefilem Titi Gantung itu.

Apa pun, kita doakan semoga semua rakyat Malaysia akan diberikan vaksin ini dan seluruh dunia bebas daripada virus COVID-19!

Sumber foto: Instagram Michael Ang

Exit mobile version