“Allahuuu…Salam Takziah buat Eina dan husband. Luaran nampak sihat sangat. Tapi rupanya tergolong dalam golongan berisiko tinggi. Lebih teruk agaknya dari orang yang terlantar atas katil”
Tular di laman Twitter, dakwaan yang dilemparkan terhadap selebriti Datin Eina Azman yang dikatakan memotong barisan pada 26 Mei lalu bagi tujuan mendapatkan vaksin di sebuah hospital di Ipoh, Perak bersama suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet dimaklumkan bahawa tidak benar dalam siaran media yang dikeluarkan pada 27 Mei 2021.
Hal yang demikian, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) telah mengesahkan kelayakan pemberian vaksin kepada Eina dan suami, Datuk Paduka Kaiser Gurmeeet Harden itu adalah berdasarkan rujukan doktor pakar atas masalah kesihatan dan komorbid yang dihadapi mereka.

Hantaran yang telah menjadi hebahan di laman Twitter itu menjelaskan bahawa berdasarkan semakan, tiada isu potong barisan membabitkan pemberian suntikan vaksin itu kepada Eina Azman dan pasangannya kerana kedua-duanya telah dimasukkan ke dalam senarai penerima atas nasihat doktor pakar kerana dikategorikan dalam golongan berisiko tinggi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa terkejut kerana tidak pernah mengetahui bahawa selebriti yang sering berkongsi video masakan di laman Instagramnya ini sebenarnya merupakan pesakit berisiko tinggi.
Kenyataan yang dimaklumkan ini sedikit sebanyak menyelar dakwaan orang ramai berikutan gambar hantaran sewaktu suntikan vaksin diambil yang dikongsi sendiri oleh Eina sendiri menerusi laman Instagram miliknya itu meraih kontroversi serta mencetuskan kemarahan sebelum bertindak untuk memadamkan gambar berkenaan.
Menerusi sumber laporan Kosmo, Eina dan suami dilaporkan bertindak mendiamkan diri apabila didekati media melalui panggilan telefon dan pesanan WhatsApp.
Namun, menurut pengarah HRPB, Dr. Abdul Malek Osman berkata, kelayakan pemberian vaksin kepada Eina dan suaminya telah diputuskan berdasarkan rujukan doktor pakar atas masalah kesihatan dan komorbid yang dihadapi mereka kerana pemberian suntikan vaksin untuk fasa kedua itu diberi keutamaan kepada golongan berumur 60 tahun ke atas dan individu yang mempunyai komorbiditi serta golongan berisiko tinggi.
Meskipun kenyataan rasmi sudah dikeluarkan, orang ramai kini mempersoalkan pula jenis penyakit yang dihadapi oleh selebriti ini sehingga diklasifikasikan sebagai seorang yang berisiko tinggi.
“Dah la berisiko tinggi, kena pergi hospital jauh, balik nak kena masak pulak. Mana tak luluh hati ni”
Walau bagaimanapun, diharapkan semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak benar bagi mengelak daripada berlakunya permasalahan lain yang timbul.
Apa-apa pun diharapakan Eina Azman diberikan kesihatan yang baik serta pulih daripada sebarang penyakit kronik.
Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi
SumberL Twitter