Semakin dikenali dan meningkat naik, nama pelakon baharu iaitu Shaza Bae sudah tidak asing lagi di dunia seni hiburan.
Terbaharu, Shaza berkongsi keterujaan beliau menerusi satu hantaran di laman Instagram, mengatakan bahawa beliau bangga dapat berlakon bersama pelakon lagenda terkenal iaitu Datuk Jalaluddin Hassan.
View this post on Instagram
“Atuk dengan Rossa pun okay je sebenarnya heks ??
Very honoured to share the screen with the one and only Dato @jalaludinhassan. Aura dia memang lain macam ya. Soo charismatic ✨”
Melihat di dalam hantaran berkenaan, terserlah kegembiraan Shaza dapat berbual dan berlakon bersama lagenda berkenaan yang juga pernah menjadi hos Who Wants to Be a Millionaire? pada suatu ketika dahulu.
Meninjau di ruangan komen, ramai yang ikut teruja sekali melihat Shaza dapat berlakon sekali dengan pelakon lagenda itu.

Sumber : Instagram Shaza Bae