Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Awal Ashaari, Scha Al-Yahya Sepakat Beri Nama ‘Lyla Amina’ Buat Bayi Kedua

today12 March 2021

Background

Pasangan selebriti popular, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya sepakat memilih nama Lyla Amina untuk anak perempuan kedua mereka.

Perkongsian itu dibuat Awal dan Scha sempena genap sebulan usia anak mereka yang dilahirkan pada 12 Februari lalu.

“LA atau LY, dua huruf ni yang buat saya tak boleh tidur malam. Temujanji dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sudah buat waktu itu. Nama pula tak putuskan lagi. Nasib baik ada isteri dapat selesaikan perkara ini.” ujar Awal

Menurut Awal, Lara inginkan nama Lyla yang dia sudah pilih lama semasa adik masih dalam perut lagi.

Sementara, dirinya dan isteri pula sudah jatuh hati dengan nama Aminah, diambil bersempena nama ibu Nabi Muhammad SAW.

Menerusi tembubual sebuah portal online bersama Awal, beliau menyatakan bahawa Lyla Amina membawa maksud hitam manis, jujur, dipercayai dan beriman.

Nama adik kepada Lara Alana itu turut dikongsikan kepada umum secara ekslusif menerusi sebuah program realiti televisyen pada 12 Mac.

Pasangan itu turut berkongsi akaun Instagram khas untuk anak kedua mereka iaitu @lylaaminaa.

Namun, akaun berkenaan masih lagi belum dibuka buat tatapan ramai.

 

 

Sumber: Harian Metro & Instagram Scha Al-Yahya

Baca artikel berkaitan:

Awal & Scha Pertimbang Nama Anak Kedua ‘Layla A’, Pilihan Lara Alana

Kongsi Foto Dalam Pantang, Ramai Peminat Puji Scha Alyahya Cantik Semulajadi

Selepas Seminggu Melahirkan, Penampilan Scha Alyahya Ini Menjadi Tumpuan

[EKSKLUSIF]: Kongsi Wajah Baby L, Peminat Sebak Tonton Detik Kelahiran Anak Kedua Awal & Scha

 

Written by: Azra Azuar


Previous post

Sosial

Ini 8 Tips Untuk Pelajar Di Kolej & Universiti ‘Berjimat Cermat’ Ketika Pemulihan Ekonomi

Inilah bukanlah untuk menakut-nakutkan anda, namun inilah realitinya. Ada yang terpaksa lakukan dua tiga kerja untuk menyara diri dan keluarga kerana mereka tiada simpanan kecemasan. Apabila sudah biasa berbelajan dan kini isi dalam poket sudah mula berkurangan adalah lebih baik untuk mula berjimat cermat. Sebelum bertindak salahkan sesiapa tidak kira bos anda atau jiran sebelah rumah atau kerajaan yang memerintah, cuba kita perhatikan diri sendiri dahulu. Tiada siapa boleh berubah,... Klik sini […]

today11 March 2021