“Kena cari maksud dia dulu ok?”
Itulah ungkapan pelakon dan pengacara terkenal Awal Ashaari kepada isterinya Scha Al-Yahya selepas anak sulung mereka Lara Alana mencadangkan adiknya dipanggil Layla A.
Nama tersebut diperkenalkan menerusi satu program televisyen yang memaparkan perjalanan kehamilan selebriti itu sehinggalah melahirkannya.
Menerusi satu perbualan telefon dan video sebelum Lara ditemukan dengan adiknya, Awal sempat mengusik sekiranya adiknya diberi nama Leman.
“No, it’s a girl!, why don’t we call her Layla A,” ujar Lara
Sementara itu, Scha yang turut berada di situ ketika itu turut akur dengan permintaan Lara yang mahu adiknya dipanggil Layla.
“Dia dah bagi, kita ikut je. Layla ke Laila ke,” kata Scha
Anak kedua daripada pasangan selebriti itu dilahirkan pada 12 Februari lalu secara pembedahan di sebuah hospital swasta di ibu negara.
Untuk rekod, Awal dan Scha berkahwin pada 4 Mei 2012 dan dikurniakan anak perempuan, Lara Alana, yang kini berusia enam tahun.
Baca artikel berkaitan:
Kongsi Foto Dalam Pantang, Ramai Peminat Puji Scha Alyahya Cantik Semulajadi
Selepas Seminggu Melahirkan, Penampilan Scha Alyahya Ini Menjadi Tumpuan
[EKSKLUSIF]: Kongsi Wajah Baby L, Peminat Sebak Tonton Detik Kelahiran Anak Kedua Awal & Scha