Connect with us

Yang Hangat

“Baby Masih Taknak Keluar Gais…” Ain Edruce Masih Berjuang Melahirkan Bayi Sulung

“Die masih malu2 macam saya…. hahaha” – Ain

Published

on

Sudah memasuki minggu ke-39 kehamilan, pelakon dan pengacara terkenal, Ain Edruce dikhabarkan bakal melahirkan anak sulungnya itu pada bila-bila masa sahaja!

Perkara itu diumumkan oleh Ain di laman Instagram miliknya dan kini beliau sudah berada di sebuah hospital swasta iaitu Sunway Medical Centre sambil ditemani oleh suaminya, Amirul Hafizz.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NURULAIN BT EDRUCE (@ainedruce)

“Guys.. doakan ain and @amirul_hafizz ok ?????? kepada yang bertanya, belum bersalin lagi ni…. tggu baby kelua je..die masih malu2 macam saya…. hahah”

Setakat jam 9 malam pada 18 Mei 2021, Ain memaklumkan bahawa bayinya itu masih lagi tidak mahu ‘keluar’ menerusi video di TikTok yang sempat di muat naik oleh beliau.

@ainedruce91Come on ain !♬ why is everyone using this sound – kailie

Baca artikel berkaitan : Tak Sabarnya! Ain Edruce Tunggu Masa Untuk Menyambut Kelahiran Anak Pertamanya

Ain juga ada berkongsikan melalui sumber Harian Metro sebelum ini bahawa beliau berhasrat untuk melahirkan anaknya secara normal.

Apa-apapun kami di Hot FM mendoakan semoga proses melahirkan bayi sulungnya itu dipermudahkan dan bayi sihat dan comel macam mommy nya!

Berita lanjut menyusul.

 

Sumber : Instagram Ain Edruce

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Office
    +603-7710 5022
  • Studio Hotline
    +603-7710 8822
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.