Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Bersalin Di Luar Negara Ketika COVID-19 Menjadi Persoalan, Zahirah Macwilson Mohon Netizen Tidak Tuduh Melulu

today20 April 2021

Background

Umum mengetahui bahawa pasangan pelakon terkenal iaitu Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza kini sudah mempunyai seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Isaac Raees.

Tidak bersalin di Malaysia, Zahirah memilih untuk bersalin dan berpantang di negara kediaman ibunya di Perth, Australia selama beberapa bulan sejak Oktober lalu sehingga Mac tahun 2021 dan mereka kini telah pulang ke Malaysia untuk meneruskan kerjaya mereka.

Zahirah MacWilson ajar netizen cara sebutan nama Isaac Raees yang betul - “Bukan Aizat tapi eye Zac... mungkin sebab lidah Melayu jadi Zeck” - Hiburan | mStar

Dalam pada itu, di sebalik kepulangan mereka ke tanah air, ada pula netizen yang ‘berbunyi’ mempersoalkan tentang bagaimana Zahirah yang bukan rakyat tetap Australia boleh ke negara itu dan bersalin di sana.

Lihat ciapan yang di muat naik oleh individu ini :

Menurut individu berkenaan, ia tidak adil bagi sesetengah pasangan yang tidak diberi peluang yang sama dan adil seperti pelakon berkenaan.

Baca artikel berkaitan : “Sedihnya Double Standard” Siap Ada Jurugambar Dan Ustaz Di Hospital, Netizen Persoal SOP Melawat Siti Nurhaliza

Tampil menjawab tuduhan individu tersebut, Zahirah merasakan bahawa individu itu tidak mengenali dirinya sebaliknya hanya menuduh tanpa usul periksa.

“People have been sending me your tweets since last year. Seems like you’re very unsatisfied. I’ll be sure to let Scotty know of your frustration. Was I raised in Malaysia? Hmm, you mean you “think” you know me..
Obviously not quite since you can’t know someone you never met.” balas Zahirah

Tidak mahu isu ini berpanjangan, Zahirah sebaliknya memilih untuk mengendahkan individu berkenaan dan mengatakan bahawa individu itu perlu periksa fakta sebelum membuat tuduhan melulu.

Dalam pada itu, ramai yang memberikan kata-kata semangat dan meminta Zahirah mengendahkan individu berkenaan.

Mungkin tuan punya badan lebih berhak untuk berkata-kata mengenai perkara ini.

Mengikuti perkembangan terkini, Zahirah memberitahu pihak media bahawa beliau mungkin akan mengambil masa sekurang-kurangnya dalam dua atau tiga bulan untuk bersedia dari fizikal dan mental sebelum kembali bekerja seperti biasa.

Sumber : Twitter Zahirah Macwilson

Written by: Fieyna Azman


Previous post

Sosial

“PUBG In Real Life” – Empat Sekawan Malu Jatuh Motor, Member Auto Lari Buat-Buat Tak Kenal

Menerusi rakaman yang dimuat naik oleh Asyraf Hakimi, kelihatan terdapat sekumpulan remaja lelaki menaiki motosikal roda tiga di sebuah kawasan perumahan.Mereka dipercayai mungkin bekerja di kedai minuman di kawasan tersebut kerana memakai baju seragam berwarna merah.Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah semasa menaiki motosikal itu, si penunggang dengan tiba-tiba menekan brek emergency sebelum keempat-empat mereka tertonggeng jatuh di atas jalan. Lebih menghiburkan lagi,... Klik sini untuk baca artikel penuh. Sumber:

today20 April 2021