Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Bukan Sahaja Peniaga, Pembeli Di Lampu Isyarat Juga Boleh Disaman RM2,000

today16 March 2021

Background

Jika dapat dilihat kebelakangan ini, pelbagai cara telah dilakukan oleh para peniaga untuk meraih keuntungan termasuklah menjalankan aktiviti jual beli di lampu isyarat.

Dengan hanya berurusan secara terus ke tingkap kereta, ia nampak mudah namun sebenarnya ia mampu membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Sehubungan itu, Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menerusi satu kenyataan memaklumkan pengguna jalan raya berdepan saman berjumlah RM2,000 jika didapati bersalah membeli produk yang dijual peniaga di kawasan tersebut.

β€œMenerusi Ops Kesedaran, Polis Johor telah mengenal pasti sebanyak 52 lokasi yang menjadi tumpuan aktiviti perniagaan di lampu isyarat seluruh Johor.

β€œMengikut peruntukan undang-undang, bukan sahaja penjual boleh dikenakan tindakan tetapi juga pembeli yang mana mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000,” katanya.

Tambah beliau, peniaga khususnya dinasihatkan agar mencari kaedah jualan lain yang bukan sahaja lebih selamat tetapi mengikut lunas peruntukan undang-undang negara.

β€œNasihat saya, carilah kaedah atau lokasi lain yang lebih sesuai untuk menjalankan perniagaan dan jangan sampai membahayakan,” ujarnya.

Ayob Khan bagaimanapun memberitahu setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang laporan terdapat mana-mana insiden kemalangan melibatkan aktiviti perniagaan di lampu isyarat.

 

Sumber: Kosmo!

Written by: Azra Azuar


Previous post