Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Comelnya! Zahirah Macwilson, Aiman Hakim Ridza Akhirnya Dedahkan Wajah & Nama Anak Sulung

today5 March 2021

Background

Umum mengetahui bahawa pasangan selebriti Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza bergelar ibu dan bapa pada 5 Januari 2021.

Namun sejak itu, mereka belum mendedahkan wajah dan nama bayi lelaki mereka.

Pada 5 Mac 2021, pasangan itu masing-masing membuat hantaran di Instagram mereka.

Melalui hantaran di Instagram Zahirah, wajah putera mereka sudah dipamerkan setelah genap 2 bulan usianya.

Memperkenalkan nama putera tersebut sebagai Isaac Raees, ia sesuai dengan wajah comelnya.

Pasangan tersebut juga sudah membuka akaun Instagram untuk Isaac.

Mengintai ke akaun tersebut, dapat dilihat satu perkongsian video bayi itu ketika baru dilahirkan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @isaacraees

Setakat jam 3 petang, Isaac telah berjaya meraih lebih 10,000 pengikut, walaupun akaun Instagram itu baru diperkenalkan selama setengah jam.

Wow, popular betul Isaac!

Nampaknya, ramai yang ternanti-nanti akan perkembangan Isaac.

Apapun yang penting, semoga putera ini membesar dengan sihat dan menjadi kebanggaan kedua ibu bapanya.

 

Baca artikel berkaitan: “Hadiah Paling Terbaik” Zahirah Macwilson Dan Aiman Hakim Kini Bergelar Ibu Dan Bapa!

Sumber: Instagram Zahirah Macwilson dan Isaac Raees

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

Sosial

[VIDEO] Karaoke Nyanyi Lagu Ziana Zain Sampai Tarik, Member Pula Yang ‘Feeling’ Lebih

Menerusi video tersebut, kelihatan pada mulanya gadis berkenaan dilihat merakan dirinya seorang diri dengan menyanyikan lagu 'Kemelut Di Muara Kasih' daripada Ziana Zain.Nyanyiannya itu mencuri tumpuan pengikutnya kerana suaranya yang begitu merdu dan berjaya membawa note tinggi dalam lagu ini.Namun, tak lama selepas itu dia dilihat bersama seorang rakannya yang terlebih melayan perasaan dalam menjiwai lagu tersebut.Apa yang lebih melucukan, rakannya itu kelihatan seperti dia yang... Klik sini untuk baca […]

today5 March 2021