Alhamdulilah, momen yang dinanti-nantikan oleh pasangan merpati sejoli, iaitu Datin Lisa Surihani dan suaminya, Dato Yusry Abdul Halim telah pun tiba!
Yusry telah memuat naik satu hantaran di laman Instagram mengumumkan bahawa isterinya telah pun selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada 15 Jun 2021, jam 2.30 pagi.
View this post on Instagram
“Alhamdulillah. Lisa telah selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 2.30 pagi tadi. Baby & Mummy kedua-dua dalam keadaan baik. Syukur.
What a birthday present. Welcome to the world Junior!”
Menurut hantaran yang dimuat naik oleh Yusry, Lisa dan cahaya mata mereka yang ke 3 itu berada dalam keadaan yang sihat dan selamat.
Malah, ini juga merupakan hadiah hari lahir paling bermakna buat Yusry yang menyambut usia ke 48 tahun pada hari yang sama iaitu 15 Jun 2021.
Untuk rekod, Yusry dan Lisa selamat diijabkabulkan pada 23 Februari 2012 di Hotel Marriott, Putrajaya dan dikurniakan 2 orang cahaya mata iaitu Yusof Leonne dan Yahaira Leanne.
Tahniah dari kami di Hot FM!
Sumber : Instagram Yusry Abd Halim