Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Isu Majlis Pernikahan Melanggar SOP, Neelofa, Suami Dan Keluarga Dikenakan Kompaun RM60,000

today27 April 2021

Background

Pada 27 Mac lalu, selebriti dan usahawan terkenal Noor Neelofa, telah selamat diijabkabulkan dengan pelakon dan pendakwah bebas, PU Riz, di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Namun majlis pernikahan mereka didakwa melanggar SOP kerana jemputan yang hadir tidak mematuhi SOP PKP seperti pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) sehingga perkara itu menjadi tular di media sosial dan masih lagi hangat diperkatakan ketika ini.

Polis cadang Neelofa, suami dikompaun

Selepas pelbagai siasatan yang telah dijalankan oleh pihak polis, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah telah mengesahkan bahawa pasangan berkenaan serta ahli keluarga selebriti itu telah dikenakan kompaun sebanyak RM60,000.

Menurut laporan wartawan Media Prima Berhad di Twitter, Neelofa telah dikenakan kompaun sebanyak RM20,000 (tiada diskaun), suaminya PU Riz RM10,000 (tiada diskaun), manakala keluarganya seramai 20 0rang dikenakan seorang RM1,500 menjadikan jumlah kepada RM30,000 dan jumlah keseluruhan adalah RM60,000.

 

Berita lanjut menyusul.

Written by: Fieyna Azman


Previous post