Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Isu Rentas Negeri: Neelofa & PU Riz Sekali Lagi Dipanggil Polis

today3 May 2021

Background

Masih hangat isu pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) selebriti Noor Neelofa dan suami, Haris Ismail atau PU Riz, pasangan itu terus mencuri tumpuan ramai.

Ia berdasarkan isu terbaharu pasangan tersebut yang dikatakan telah berada di sebuah premis perniagaan karpet di kawasan Pusat Perniagaan Nilai 3, Negeri Sembilan pada 2 Mei 2021.

Baca artikel berkaitan: Neelofa Didakwa Rentas Negeri Sekali Lagi, Netizen Tampil Back Up Lokasi Dikunjungi Bukan Luar Negeri

Disebabkan itu, pasangan berkenaan akan dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai dalam masa terdekat.

Perkara itu diberitahu oleh Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd Fazley Ab Rahman, yang menyatakan bahawa pihaknya sudah menyiasat video yang dikaitkan dengan perkara tersebut.

Terdahulu, Neelofa dikatakan telah memuat naik video melalui Instagram Story miliknya.

Video tersebut memaparkan beliau dan PU Riz berada di salah sebuah kedai di lokasi disyaki Pusat Borong Nilai 3 di Nilai, Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, Instagram Story itu telah dipadamkan.

Semoga siasatan tersebut akan menjawab segala persoalan yang diajukan ramai ketika ini berkaitan kesalahan melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

 

Sumber: Bernama dan Instagram Neelofa

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

Sosial

Tewaskan Hampir Sejuta Pelajar Lain, Remaja Ini Dinobat β€˜Top In The World’ Subjek Kimia!

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan kepada pelajar muda, Cheryl Chow Shu Wei susulan kejayaan beliau dinobatkan β€˜Top In The World’ bagi mata pelajaran Kimia.Yang di-Pertuan Agong juga berharap semoga kejayaan pelajar berusia 17 tahun itu menjadi sumber inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya golongan pelajar dan belia untuk bekerja keras dan berusaha mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang masing-masing.Pada... Klik sini untuk baca artikel penuh. […]

today3 May 2021