Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Jangan Lupa Sayang Suami” Hadirkan Diri Ke Mahkamah, Zarina Anjoulie Rujuk Semula Dengan Bekas Suami

today3 March 2021

Background

Penghujung Januari lalu, kita semua dikejutkan dengan berita apabila pelakon Zarina Anjoulie dikatakan telah bercerai dengan suaminya selepas rumah tangga itu hanya bertahan selama enam bulan.

Namun pada 2 Mac, Zarina tau lebih mesra disapa dengan panggilan Anju itu telah memuat naik semula Instagram story menunjukkan beliau telah mendapat sejambak bunga daripada seseorang.

Menerusi caption yang ditulis olehnya itu terdapat huruf Y yang mana kemungkinan membawa maksud kepada nama bekas suaminya iaitu Eiyas Azhar atau digelar sebagai Yas.

Ruangan komen pada posting tersebut telah dibanjiri dengan ucapan tahniah yang mana ramai pengikutnya mengharapkan bunga itu merupakan pemberian daripada bekas suaminya.

Semuanya telah terjawab apabila pada pagi 3 Mac, Anju telah pergi ke mahkamah bersama dengan Yas bagi menyelesaikan kes rujuk mereka.

“Daddy cakap selamat pagi! Jangan lupa makan, jangan lupa solat, jangan lupa sayang suami! Lepas hantar anak pergi sekolah, kena pergi mahkamah. Nak pergi syurga, imamku! FM mesti sakit hati kan, kita dengan Yas dah berbaik!”

Mengikut Instagram story yang dimuat naik oleh Anju, beliau dan Yas kini sudah rujuk semula sebagai suami isteri.

Alhamdulillah, bagus la kalau macam tu, semoga rumah tangga Anju dan suami berkekalan hingga ke anak cucu.

Baca juga artikel sebelum ini:

Tak Sampai Setahun Kahwin, Zarina Anjoulie Sahkan Sudah Bercerai

Bekas Suami Balik Semula Dengan Kekasih Ketika Masih Bergelar Suami Isteri, Ini Luahan Hati Zarina Anjoulie

“Ini Pilihan Kami,” Bercerai Secara Mengejut, Ini Jawapan Zarina Anjoulie

Sumber foto: Instagram Zarina Anjoulie

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

BeFunky-collage-54

Sosial

Berdepan Kerugian Berpanjangan, GSC Umum Pengambilalihan Pawagam MBO

Umum mengetahui, MBO berdepan dengan pelupusan secara sukarela susulan isu aliran tunai yang berkurangan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu. Lantaran itu, lembaga pengarah MCAT Box Office Sdn Bhd meluluskan resolusi untuk meletakkan syarikat berkenaan bawah pelan pelupusan secara sukarela dengan menutup perniagaan dan menjual aset untuk membayar pemiutang. HYPE 14 ‘Hidden Gem’ Wilayah Tohoku Di Utara Jepun Yang Pelancong Malaysia Perlu Cuba Baca lagi... Klik sini untuk baca artikel […]

today3 March 2021