Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Kongsi Foto Bare Face, Ramai Puji Hannah Delisha Semakin Cantik Selepas Kahwin

today26 February 2021

Background

Sah bergelar isteri kepada seorang jejaka kacak kelahiran Kota Singapura, Muhammad Imam Shah Abdul Mutalib, pelakon terkenal Hannah Delisha sebelum ini mengejutkan ramai pihak dan peminatnya kerana melangsungkan pernikahan secara diam-diam dan hanya memaparkan kepada umum pada hari pernikahannya.

Mengikuti perkembangan terkini Hannah, beliau dilihat memuat naik foto wajahnya tanpa solekan di Instagram sehingga ramai yang terpesona melihat kecomelan wajahnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hannah Delisha (@hannahdelisha)

Menulis ringkas di ruangan kapsyen :

“Lama tak selfie?” 

Foto yang di muat naik Hannah itu mendapat pujian ramai, malah ada yang mengatakan Hannah semakin berseri-seri dan cantik selepas berkahwin.

Wahh suka lah tengok Hannah!

Untuk rekod, Hannah selamat diijabkabulkan bersama suaminya pada 18 Februari 2021 di tempat kelahiran suaminya, di Singapura, malah Hannah dan Imam dikatakan mula menjalinkan hubungan cinta ketika berlakon bersama di Singapura pada lima tahun lalu.

 

Semoga terus istiqomah dan dilindungi Allah SWT, Amin.

 

Sumber : Instagram

Baca artikel berkaitan : Ramai Patah Hati, Hannah Delisha Kini Sah Jadi Milik Jejaka Dari Singapura

Written by: Fieyna Azman


Previous post

vocket-penjenayah-lolos-polis-buru-header

Sosial

Dua Penjenayah Lolos Walaupun Tayar Kereta Ditembak Anggota Polis

Pada pukul 12.40 tengah hari tadi, dua anggota polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah tayar kereta Proton Waja selepas pemandunya bertindak ganas dengan merempuh beberapa buah kenderaan semasa berhenti di lampu isyarat di Bulatan Sierramas, Sungai Buloh. Video rakaman kejadian tersebut tular di media sosial menunjukkan pemandu kereta Proton Waja terbabit enggan keluar dari kereta walaupun diminta oleh pihak polis, lalu bertindak ganas merempuh sebuah Perodua Myvi, lori Tesco dan... […]

today26 February 2021