Sah bergelar isteri kepada seorang jejaka kacak kelahiran Kota Singapura, Muhammad Imam Shah Abdul Mutalib, pelakon terkenal Hannah Delisha sebelum ini mengejutkan ramai pihak dan peminatnya kerana melangsungkan pernikahan secara diam-diam dan hanya memaparkan kepada umum pada hari pernikahannya.
Mengikuti perkembangan terkini Hannah, beliau dilihat memuat naik foto wajahnya tanpa solekan di Instagram sehingga ramai yang terpesona melihat kecomelan wajahnya.
View this post on Instagram
Menulis ringkas di ruangan kapsyen :
“Lama tak selfie?”Â
Foto yang di muat naik Hannah itu mendapat pujian ramai, malah ada yang mengatakan Hannah semakin berseri-seri dan cantik selepas berkahwin.

Wahh suka lah tengok Hannah!
Untuk rekod, Hannah selamat diijabkabulkan bersama suaminya pada 18 Februari 2021 di tempat kelahiran suaminya, di Singapura, malah Hannah dan Imam dikatakan mula menjalinkan hubungan cinta ketika berlakon bersama di Singapura pada lima tahun lalu.
Semoga terus istiqomah dan dilindungi Allah SWT, Amin.
Sumber : Instagram
Baca artikel berkaitan : Ramai Patah Hati, Hannah Delisha Kini Sah Jadi Milik Jejaka Dari Singapura