Connect with us

Onz

Kongsi Foto Sehari Selepas Bersalin, Netizen Terkejut Melihat Kecantikan CP Khaleeda Tidak Seperti Wanita Berpantang

Memang betul cantik lah, harap-harap nanti Che Puan boleh kongsikan tip untuk kekal cantik selepas bersalin!

Published

on

Alhamdulillah, selamat melahirkan cahaya mata ke-4 pada tanggal 21 April 2021, isteri kepada Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail (TMJ) iaitu YAM Che’ Puan Besar Khaleeda binti Bustamam berkongsi kegembiraan melalui pengumuman rasmi di laman Instagram miliknya.

Dikurniakan bayi perempuan yang diberi nama Tunku Zahrah Zarith Aziyah Tunku Ismail, Che Puan juga memilih untuk bersalin di hospital kerajaan iaitu Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.

Walaupun baharu sahaja melahirkan cahaya mata ke-4, Che Puan tampak berseri dan manis menerusi foto keluarga yang dikongsikan :

Baca artikel berkaitan : Muat Naik Foto Makeup Semulajadi, Kecantikan CP Khaleeda Ini Dipuji Ramai

Meninjau di ruangan komen, ramai yang membanjiri ruangan tersebut dengan ucapan tahniah, akan tetapi apa yang menarik perhatian adalah ramai yang terpesona dengan kecantikan Che Puan selepas bersalin, seperti tidak berubah apa-apa!

Lihat reaksi-reaksi pengikut Che Puan di Instagram :

Memang betul cantik lah, harap-harap nanti Che Puan boleh kongsikan tip untuk kekal cantik selepas bersalin!

Apa-apa pun tahniah dari kami di Hot FM, tak sabar nak tengok wajah comel bayi Che Puan dan Tunku.

Sumber : Instagram Che Puan Khaleeda

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Office
    +603-7710 5022
  • Studio Hotline
    +603-7710 8822
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.