Hot FM

Kongsi 4 Makanan Kegemaran Tengku Ahmad, Ramai ‘Cuba Nasib’ Mahu Jadi Menantu Permaisuri Agong!

Apabila melihat Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pasti segelintir dari kita akan teringat pada ibu kita dek kerana sifat baginda yang mesra, penyayang, merendah diri dan suka berkongsi aktiviti memasak di laman Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian terbaharu, baginda ada berkongsikan beberapa foto dan video sedang memasak juadah kegemaran anakandanya iaitu Yang Amat Mulia Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ataupun “T.aimshah” seperti yang digelar oleh permaisuri agong di kapsyen hantaran di Instagram.

Nampaknya bukan hanya 1 juadah, tetapi 4 juadah lauk pauk yang dikongsikan oleh baginda dan kesemuanya merupakan makanan kegemaran anak lelakinya itu, antaranya ialah sambal petai, ayam roasted ostolia, gulai nenas udang dan bergedil.

Baca artikel berkaitan : “Mood Raya On!” Kongsi Video Buat Biskut Raya, Ramai Mahu Permaisuri Agong Share Resipi Biskut Milo

Alahai terliur lah min melihat kesemua 4 juadah yang dikongsikan baginda…

Jom kita tengok reaksi pengikut-pengikut baginda di Instagram, dengar cerita ada yang take note makanan kegemaran Tengku Ahmad, siap nak belajar resipi ye!

Bukan itu sahaja, ada juga yang cuba nasib mahu menjadi menantu baginda, lihat respon permaisuri agong :

Alahaiiii betul tu, kena habis belajar dahulu baru boleh fikir bab seterusnya okay!

Agak-agaknya siapalah yang bertuah menjadi bakal menantu permaisuri agong nanti….

 

Sumber : Instagram @airtangan_tunkuazizah

Exit mobile version