Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Laku Teruk! Selain Vaksin AstraZeneca, BTS Meal Juga Laris Terjual Sehingga Website ‘Jammed’

today26 May 2021

Background

Nama kumpulan K-Pop terkenal iaitu BTS sudah tidak perlu diperkenalkan lagi, apabila bercakap sahaja mengenai mereka, pasti ramai yang teruja dan tidak keruan!

Bagi yang mengikuti perkembangan semasa BTS, pasti tahu bahawa rangkaian restoran makanan segera yang terbesar di dunia, iaitu Mcdonalds telah mengumumkan kolaborasi dengan kumpulan K-Pop terkenal itu dengan memperkenalkan menu kombo terbaharu yang diberi nama “BTS Meal” pada 26 Mei 2021 di seluruh dunia.

Malaysia Is The First In Asia To Get McDonald's BTS Meal - Hype Malaysia

Nampaknya seperti yang dijangka, rakyat Malaysia terutamanya peminat BTS tidak ketinggalan untuk mendapatkan menu kombo BTS Meal tersebut dari seawal jam 8 pagi!

Lihat sahaja respon dan reaksi mereka yang sudah mendapatkan BTS Meal ini :

Wah struggle juga ya nak dapatkan set BTS Meal ni sampai trending di Twitter dan jammed terus website Mcdonalds. Dasyat ye penangan BTS ni!

Selain itu, pengacara Hani Fadzil dan personaliti media sosial terkenal iaitu Khairul Aming juga tidak terlepas mendapatkan BTS Meal!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hani Fadzil (@hahanybunch)

Oh ya, bagi yang tertanya-tanya apakah makanan yang korang akan dapat jika memesan BTS meal ni, ia adalah McNuggets Ayam 10 keping, kentang goreng sederhana, Coca-Cola sederhana, sos cili manis dan sos cajun yang diilhamkan oleh resipi popular dari McDonald’s Korea Selatan dan dijual pada harga bawah RM20 je.

Image

Sumber gambar : Hani Fadzil

Kalau dah cuba, jangan lupa tag kami di Hot FM, nak tahu juga sedap ke tidak kan!

Dan jangan lupa, sambil-sambil nak membeli set BTS Meal tu, ingat juga untuk sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan oleh MKN okay!

 

Sumber : Twitter

Written by: Fieyna Azman


Previous post