Memulakan kembali kerjaya sebagai penyampai radio di stesen radio Hot FM bermula 1 Mac 2021, pelakon dan juga pelawak Fad atau nama sebenarnya Muhammad Fadzlie bin Mohd Nizam meluahkan rasa syukur kerana hari pertamanya bertugas di stesen radio ini berjalan dengan lancar.
Teruja dengan kariernya yang baharu, Fad memuat naik foto bersama rakan sepasukan baharu iaitu Deen dan Haziq, di segmen Jam Hot yang akan dikendalikan oleh mereka bertiga dari pukul 4 petang sehingga 8 malam.
View this post on Instagram
Menulis di ruangan kapsyen foto tersebut :
“Alhamdulillah,selesai utk hari pertama..terima kasih @hotfm976 @haziq_hotfm dan @deen_hotfm kerana menerima diri ini seadanya????tq utk semua jgk yg support!!!!esok pagi dengar @hotfm976 guyssss mana tau ada rezeki nk menang rm36,500 ????asyukkkkkkk dollllll!!!!!??????”
Fad meluahkan rasa syukur dan gembira kerana kehadirannya diterima baik oleh keluarga Hot FM, malah sempat mengucapkan terima kasih kepada pendengar, peminat dan rakan artis yang menyokong beliau.
Kini Deen dan Haziq tidak lagi berdua, dengan kehadiran Fad kali ini boleh memantapkan lagi segmen Jam Hot!
All the best Fad and welcome to Hot FM!
P/S: Jangan lupa dengarkan Geng Pagi Hot dan Jam Hot sebab diaorang ada hampir RM40,000 ribu ringgit wang terkumpul nak diberikan kepada anda untuk Hot Selebriti!
View this post on Instagram
Sumber : Instagram Fad Bocey
Baca artikel berkaitan : Pelengkap Trio Jam Hot, Fad Bocey Kini Penyampai Radio Hot FM