Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Mengaku Belum Berpunya, Intan Najuwa Dedah Diri Masih Single

today26 April 2021

Background

Sebelum ini hangat diperkatakan di rata-rata media sosial mengenai hubungan percintaan pelakon yang semakin meningkat naik iaitu Intan Najuwa bersama bekas tunangnya, yang juga seorang ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli dikatakan telah berakhir.

Ada desas-desus mengatakan bahawa pelakon terkenal berbadan sasa iaitu Zul Ariffin menjadi punca hubungan mereka retak separuh jalan.

Tidak mahu dikaitkan dengan bekas tunangnya atau Zul, Intan tampil menjawab status dirinya yang terkini menerusi temu bual bersama Geng Pagi Hot pada pagi 26 April 2021.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hot FM ?? (@hotfm976)

Menerusi perbualan bersama penyampai radio Hot FM Mark Adam, beliau bertanyakan mengenai status Intan sama ada beliau sudah berpunya, sedang mengenali seseorang ataupun masih lagi single?

Menjawab kepada persoalan, Intan memberitahu bahawa beliau masih lagi bujang dan enggan mendedahkan tentang hal peribadinya dengan lebih lanjut.

Apa-apa pun kami di Hot FM mendoakan semoga Intan bertemu dengan jodoh yang baik.

 

Sumber : Hot FM

Written by: Fieyna Azman


Previous post