Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Nikah Dalam Majlis Tertutup, Ernie Zakri Kini Sah Jadi Milik Syamel Sepenuhnya!

today26 March 2021

Background

Syukur alhamdulillah, majlis pernikahan antara penyanyi terkenal Ernie Zakri dan pasangannya Syamel berjalan dengan lancar dan penuh keberkatan.

Pasangan ini memilih hari Jumaat bertarikh 26 Mac sebagai saksi penyatuan cinta antara dua jiwa.

Ernie dan Syamel kini sah menjadi suami isteri dengan sekali lazaf dalam majlis yang diadakan secara tertutup di sebuah masjid di Puncak Alam pada jam 10 pagi tadi dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.

Mereka telah dinikahkan oleh jurunikah Ustaz Zainal dan berwalikan bapanya iaitu Zakri Ahmad.

Difahamkan Syamel telah memberi lima dulang hantaran berbalas tujuh dan bagi upacara membatalkan air sembahyang, Syamel turut menyarungkan seutas gelang tangan kepada Erinie.

Namun untuk wang hantaran, mereka berdua bersepakat untuk merahsiakannya daripada umum.

Dalam masa yang sama, sebuah majlis kecil-kecilan akan diadakan pada 3 April ini bagi meraikan rakan-rakan di dalam industri serta pihak media yang selama ini menyokong karier seni mereka.

Tahniah diucapkan kepada Ernie dan Syamel atas mahligai cinta yang dibina, semoga rumah tangga ini kan berkekalan hingga ke syurga!

Gambar akan menyusul selepas ini

Bersama Hitung Hari Bahagia, Syamel Dan Ernie Zakri Bakal Post Video Pre Wedding?

Sumber foto: Instagram Ernie Zakri

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

‘Aku Menggigil Tengok IG Kau!’ – Mila Minta Nonny Nadirah Terus Istiqamah, Lawan ‘Godaan’

Sosial

‘Aku Menggigil Tengok IG Kau!’ – Mila Minta Nonny Nadirah Terus Istiqamah, Lawan ‘Godaan’

Isu & Kontroversi Perkongsian terbaru Nonny Nadirah di akaun Instagram miliknya menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan peminat. Mana tidaknya, dia yang sebelum ini dikenali dengan imej bertudung tiba-tiba berkongsi gambar wanita ‘free hair’ dan berpakaian seksi. Namun tidak dapat dipastikan jika benar itu Nonny. Artikel Berkaitan: Kongsi Foto Tak Butang Baju, Pakai Stokin Jaring, Nonny Nadirah Ubah Penampilan? Rakan baik Nonny, Mila Jirin menerusi satu perkongsian di Instagram... Klik sini […]

today26 March 2021