Pelakon dan pelawak terkenal dari kumpulan Bocey iaitu Fad kini telah melengkapkan trio Jam Hot di Hot FM bermula 1 Mac 2021.
Fad atau nama sebenarnya Muhammad Fadzlie bin Mohd Nizam dipilih untuk meneraju segmen Jam Hot bersama Haziq dan Deen setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 4 petang hingga 8 malam.
Bermula sebagai penyampai jemputan di Hot FM, keserasian yang ditunjukkan oleh Fad ketika ke udara sebagai penyampai jemputan bersama Deen dan Haziq menjadi faktor utama mengapa beliau dipilih untuk bersama Hot FM, yang pastinya akan memberi pengisian yang lebih segar dan terkini seiring dengan sasaran pendengar Hot FM yang memfokuskan pendengar berumur 15 hingga 29 tahun.
Selama 2 tahun segmen Jam Hot dikendalikan oleh 2 penyampai, iaitu Deen dan Haziq, kali ini pemilihan Fad adalah langkah baru bagi memantapkan lagi barisan penyampai di Hot FM.
View this post on Instagram
Selain ke udara, pelawak yang berasal dari Gelang Patah, Johor Bahru itu juga menunjukkan keserasian dan persamaan antara mereka bertiga dalam menyediakan pengisian menerusi platform digital juga menjadi faktor besar mengapa Hot FM mengambil langkah ini.
Sebelum ini pelakon terkenal, Riena Diana menyertai keluarga Hot FM untuk mengendalikan segmen pagi bersama Geng Pagi Hot pada 24 Februari 2021.
Teruskan mendengar Hot FM, lebih hangat daripada biasa menerusi frekuensi berikut :
97.6FM di Lembah Klang
88.2FM Alor Setar dan Pulau Pinang
104.5FM Ipoh
90.1FM Johor Bahru dan Singapura
92.4FM Kuantan
105.1FM Kota Bharu
87.7FM Kota Kinabalu
94.3FM Kuching
104.3FM Melaka
99.5FM Seremban
90.5FM Taping
105.0 Kuala Terengganu
Baca artikel berkaitan : [TERKINI] Riena Diana Sah Sertai Hot FM Sebagai Penyampai Radio