Connect with us

Onz

Selamat Lahirkan Anak Kedua, Instagram Nad Zainal Dihujani Ucapan Tahniah!

Nad Zainal telah selamat melahirkan anak kedua dan perkara itu dimaklumkan menerusi laman sosial..

Published

on

Tahniah! diucapkan buat aktress Nad Zainal yang telah selamat melahirkan bayi kedua pada Selasa 30 Mac 2021 di sebuah pusat perubatan di ibu negara.

Khabar gembira tersebut diketahui selepas pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu memuat naik video pendek di laman Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian berkenaan, jelas kelihatan suaminya Muhammad Faliq Amiruddin dan anak sulung mereka iaitu Fahad Ibrahim memangku bayi tersebut

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ناد زاينل (@nad.zainal)

Menurut sebuah portal hiburan online, bayi seberat 2.9 kilogram itu dilahirkan secara normal kira-kira jam 2:50 petang.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata tidak ketinggalan mengucapkan tahniah malah ada yang meneka jantina bayi berkenaan.


Apa-apa pun, tahniah lagi sekali buat Nad, semoga bayi tersebut membesar dengan sihat dan dapat berbakti kepada kedua orang tua..

Sumber video: Instagram Nad Zainal

Baca artikel berkaitan:

Menghitung Hari Untuk Bersalin, Nad Zainal Kongsikan Apa Perlu Bawa Di Dalam Beg Hospital

Sarat Mengandung, Nad Zainal Masih Gagah Buat Kerja Rumah Walaupun Perut Hampir ‘Meletup’

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7710 8822
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.