Hot FM

Shaheizy Sam Kongsi Foto Bersama, Siap Beri ‘Hint’ Syatilla Melvin Hamil Anak Ketiga?

Pasangan sensasi yang sentiasa menjadi perhatian dan perbualan hangat netizen iaitu Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin baru-baru ini telah mengumumkan berita mengenai ‘kehamilan’ Syatilla di laman Instagram miliknya.

Berita gembira itu dikongsikan dengan kapsyen :

Gambar berdua je tapi rasa macam ada org ketiga menendang-nendang ? @samtilla”

Tidak pasti sama ada Syatilla betul-betul hamil ataupun tidak, akan tetapi disebabkan kapsyen itu, ruangan komen di Instagram Sam dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada pengikut dan peminat mereka.

Kalau betul Syatilla hamil, kami di Hot FM mendoakan semoga proses kehamilan Syatilla dipermudahkan.

Untuk rekod, pasangan selebriti Syatilla dan Shaheizy Sam sah diijabkabulkan pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan 2 orang anak iaitu seorang anak lelaki bernama Syeriv Samheizy Bin Shaheizy Sam dan seorang anak perempuan bernama Sarima Samheizy Binti Shaheizy Sam.

Sumber : Instagram Shaheizy Sam

Baca artikel berkaitan : “Copy Paste Perangai,” Syatilla Melvin Berat Hati Nak Pergi Kerja Tengok Shaheizy Sam Dan Sarima Menangis

Exit mobile version