Semenjak 2 Mei lalu, nama penyanyi nombor satu negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza telah menjadi buah mulut rakyat Malaysia selepas ramai mempersoalkan prosedur operasi standard (SOP) ketika majlis tahnik anak keduany, Muhammad Afwa yang diadakan pada 27 April lalu.

Terkini, selepas pihak polis membuat siasatan lanjut akhirnya keputusan telah dikeluarkan dan beberapa individu telah dikenakan tindakan kompaun.
Baca juga artikel berkaitan: Isu Majlis Tahnik Anak, Siti Nurhaliza Akui Menteri Agama Hanya Singgah Sebentar Sahaja
Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ti itu telah di kompaun sebanyak RM10,000 serta suaminya, Datuk Sri Khalid Mohamad Jiwa turut dikenakan kompaun dengan jumlah yang sama.

Dalam masa yang sama, selain Tok Ti dan Datuk K, ketiga-tiga anak lelaki mereka iaitu Adib Khali, Ahraf Khalid dan Aazief Khalid turut dikenakan kompaun sebanyak RM2.000 setiap seorang.
Ketika majlis berkenaan, terdapat beberapa individu terkenal yang juga turut dikenakan tindakan kompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang, antaranya ialah penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal, Ustaz Iqbal serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Kesemuanya dikenakan atas kesalahan kerana gagal mengamalkan penjarakan fizikal di majlis tahnik anak tersebut.
Diharapkan dengan tindakan tersebut akan dijadikan pengajaran kepada kita semua agar sentiasa mengikut setiap arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
Baca juga artikel berkaitan:
“Macam Lemas Je” Siti Nurhaliza Tunjuk Cara Pakai Double Mask, Ramai Risau Takut Sesak Nafas
Sumber foto: Instagram Tok Ti