Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Soon Nak Kahwin Ke?” Caption Simple Kamal Adli Jadi Tanda Tanya, Majlis Dah Dekat Ke Tu?

today23 March 2021

Background

Kata orang setiap gambar pasti ada maksudnya, tapi adakah benar juga setiap caption turut ada maksud yang tersendiri?

Pelakon Kamal Adli nampaknya seperti memberi bayangan kepada para pengikutnya tetapi bayangan apakah yang dimaksudkan itu masih lagi menjadi tanda tanya.

Kamal ada memuat naik foto baharu di laman Instagram miliknya berserta caption yang sangat simple tapi penuh makna dan tanda tanya.

Tanda tanya pertama ialah sama ada Kamal ‘soon’ bakal menamatkan zaman bujang atau ‘soon’ akan muncul dengan drama baharu?

Maklum lah sekarang ini kan musim ramai selebriti mendirikan rumah tangga, mana tahu Kamal dan Uqasha pun akan ikut jejak juga ke?

Rata-rata peminatnya masing-masing mempunyai andaian sendiri iaitu Kamal bakal muncul dengan drama baharu serta majlisnya bersama dengan Uqasha semakin menghampiri.

Untuk makluman, pasangan ini dikatakan bakal mendirikan rumah tangga selepas Aidilfitri ini dan difahamkan juga semua persiapan sedang dilakukan oleh kedua-dua pihak.

Kita tunggu sahaja berita baik daripada Kamal dan Uqasha ya, tak sabar ni nak tengok mereka naik pelamin kahwin betul-betul!

Baca juga artikel sebelum ini:

Rakan ‘Bocor Rahsia’, Uqasha Senrose Dan Kamal Adli Dah Mula Buat Persiapan Majlis Kahwin

Bakal Nikah Lepas Aidilfitri, Uqasha Senrose Serahkan Urusan Kahwin Pada Kamal Adli

Sumber foto: Instagram Kamal Adli

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

BeFunky-collage (10)

Sosial

16 Tan Dadah Bernilai RM5.2 Bilion Dirampas, Terbesar Dalam Sejarah Malaysia

Menerusi perkongsian Facebook rasmi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) melaporkan bahawa pihak JKDM berjaya menumpaskan sindiket kartel pengedaran dadah antarabangsa melibatkan penyeludupan pil captagon yang mengandungi dadah jenis Amphetamine seberat 16 tan bernilai RM5.2 bilion. Ini sekali gus menjadi rampasan dadah paling besar dalam sejarah Malaysia. Kartel pengedaran dadah tersebut berjaya ditumpaskan atas hasil kerjasama Cawangan Narkotik, Ibu Pejabat, JKDM melalui perkongsian... Klik sini untuk baca artikel penuh. Sumber:

today23 March 2021