Umum sedia maklum bahawa baru-baru ini ahli politik muda, YB Syed Saddiq telah menganjurkan #BotakChallenge iaitu kempen ‘satu komputer riba untuk satu keluarga’ bagi mengumpul dana untuk membeli kelengkapan laptop bagi kegunaan para pelajar di Muar, Johor.
Inisiatif yang diambil oleh YB Syed pada kali ini dengan membotakkan kepalanya untuk mendapatkan dana sememangnya patut dipuji kerana dilihat dapat meringankan beban keluarga dan pelajar yang tidak berkemampuan untuk membeli laptop.
Terbaharu, menerusi perkongsian YB di laman Instagram miliknya, beliau telah melawat Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohamad Ali ataupun lebih mesra dipanggil Tun Siti Hasmah.
Akan tetapi apa yang menarik perhatian adalah perbualannya bersama isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir!
“Tun Siti: Siapa ni? Eh Saddiq, kenapa botak?
Me: ?
Alhamdulillah dapat sampaikan buah tangan mama ke Tun Siti. A nice purple scarve.
Tun M & Tun Siti will also have the best cooked Shakhooka in the world by Chef Botak Syed Saddiq ?”
Menerusi perbualan yang dikongsikan itu, Tun Siti Hasmah tidak mengenali YB kerana beliau sudah membotakkan rambutnya.
Aduhai lucu pula apabila terbayangkan reaksi Tun Siti Hasmah.

Dalam pada itu, YB Syed turut berkongsi bahawa beliau siap memasakkan Shakhooka iaitu makanan arab yang dihidangkan bersama telur, sos tomato, lada cili, dan bawang dan dibumbui dengan jintan putih, paprika dan lada cayenne dan sempat memberikan buah tangan dari ibunya kepada Tun Siti Hasmah.
Gambar sekadar hiasan
Fuh dengar macam sedap, tak nak bagi team Hot FM ke YB?
Sumber : Instagram Syed Saddiq
Baca artikel sebelum ini : “Ingatkan Budak Juvana” Sempat Buat TikTok Dengan Laptop, Syed Saddiq Dah Ready Untuk Agihan