Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Tampil Mohon Maaf, Hannah Delisha Akhirnya Buka Mulut Isu Perkahwinan Tanpa Restu

today11 March 2021

Background

Sejak mengumumkan dirinya sudah berkahwin pada 18 Februari 2021, tidak ramai yang tahu tentang perincian perkahwinan pelakon jelita, Hannah Delisha.

Belum pun cukup sebulan dari tarikh itu, timbul pula kisah yang mengatakan perkahwinan Hannah dengan suaminya, Muhammad Imam Shah Abdul Mutalib tidak mendapat restu keluarga.

Pada 10 Mac 2021, Hannah telah menjawab secara ringkas tentang persoalan yang sedang diperkatakan ramai dengan memuat naik satu hantaran melalui Instagram story.

Hannah memulakan kata dengan ucapan maaf kerana persoalan yang sedang berbangkit mengenai dirinya kini.

Katanya, beliau juga mempunyai banyak masalah peribadi yang tidak sepatutnya tersebar kepada umum.

Beliau turut menceritakan tujuan asalnya bergiat dalam dunia seni adalah untuk menghiburkan peminat dengan hasil kerjanya dan bukan dengan isu peribadi.

Hannah juga ingin meneruskan pendiriannya untuk tidak terlalu terbuka dengan hal peribadi.

Sementara itu, beliau memohon maaf atas berita yang kurang bagus tentang dirinya dan keluarganya yang telah tersebar.

Hannah mengharapkan doa daripada semua dan inginkan ruang untuk menguruskan hal peribadi ketika dirinya sedang diuji kini.

Semoga yang baik-baik untuk Hannah Delisha, sama-sama kita doakan supaya urusan beliau dipermudahkan.

 

Baca artikel berkaitan: Ramai Patah Hati, Hannah Delisha Kini Sah Jadi Milik Jejaka Dari Singapura

Sumber: Instagram Hannah Delisha

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

Sukan

TFC II, Kuching City FC terikat

Kuala Terengganu: Terengganu FC II (TFC II) dan Kuching City FC (KCFC) sama handal selepas terikat 1-1 dalam aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam ini. Pada awal permainan kedua-dua pasukan tidak banyak melakukan percubaan tepat selain mengamalkan corak berhati-hati kerana keadaan padang basah akibat hujan. Bagaimanapun, memasuki minit ke-19, gawang pasukan pelawat akhirnya bocor apabila skuad The Turtles kendalian Badrul Afzan Razali memperoleh jaringan menerusi... Klik […]

today10 March 2021