Connect with us

Yang Hangat

Terima Kejutan Hari Jadi Di Lokasi Penggambaran, Zizan Terharu Dihargai Keluarga Dan Rakan Rapat

Menerusi video yang dikongsikan, nampaknya ramai yang menyayangi Zizan sehingga sanggup memandu jauh ke lokasi penggambaran beliau.

Published

on

Baru-baru ini pelakon, pelawak dan usahawan terkenal iaitu Zizan Razak menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 37 pada tanggal 15 April 2021.

Apa yang lebih menyentuh hati ialah apabila pelakon itu menerima kejutan hari jadi dari keluarga dan rakan terdekat di sebuah lokasi penggambaran tanpa pengetahuan beliau.

Lihat perkongsian Zizan di Instagram miliknya :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869)

Baca artikel berkaitan : Buat Ucapan Hari Jadi Untuk Diri Sendiri, Zizan Razak Mahu Cepat Kahwin!

Menurut Zizan, beliau sedang menjalani penggambaran di satu lokasi yang agak jauh dari tempat tinggalnya dan tidak menyangka ibu, keluarga rapat dan rakan terdekat sanggup datang sejauh itu untuk menyambut kelahirannya.

“Nahhh sempena birthday 2021 Zizan ni semalam sedang sedang bekerja tiba tiba dikejutkan dengan surprise from my all family kesayangan. Terima kasih semua yang berjaya sampai ke lokasi shooting Zizan. I love it..!!! #happybirthday #zizanrazak”

Menerusi video yang dikongsikan, nampaknya ramai yang menyayangi Zizan sehingga sanggup memandu jauh ke lokasi penggambaran beliau.

Meninjau di ruangan komen, ramai yang mengucapkan selamat hari jadi buat pelakon itu, malah mendoakan beliau ditemukan dengan jodoh yang baik.

Kami di Hot FM doakan Zizan berjaya dunia dan akhirat dan diberikan jodoh yang baik.

Happy Birthday Zizan!

 

Sumber : Instagram Zizan Razak

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7710 8822
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.