Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

[TERKINI] Riena Diana Sah Sertai Hot FM Sebagai Penyampai Radio

today24 February 2021

Background

Pelakon Riena Diana melengkapkan trio Geng Pagi Hot (GPH) di Hot FM bermula 24 Februari.

Riena atau nama lengkapnya Nur Qamariena Diana Zulreal, dipilih untuk meneraju segmen GPH bersama Mark Adam dan Fizie setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 6 hingga 10 pagi.

Bercakap mengenai kemasukan beliau di dalam keluarga Hot FM, Riena berkata beliau amat teruja untuk mengembangkan bakat dalam bidang penyiaran.

“Riena sangat teruja kerana dipilih menjadi sebahagian daripada Hot FM kerana saya ingin sentiasa mencuba sesuatu yang baru dalam karier dan mencabar diri sendiri untuk mencungkil bakat yang ada dalam diri.” ujarnya

Pelakon kecil molek ini juga berkata bidang penyiaran radio merupakan platform yang terbaik untuk mengasah bakatnya sebagai artis yang lebih versatil.

β€œMenerusi radio, suara Riena akan didengari oleh pendengar hampir setiap hari. Ini menjadi pemangkin buat Riena untuk terus memperbaiki kelemahan dan timba ilmu daripada semua pihak terutamanya rakan-rakan penyampai di Hot FM. Kepercayaan daripada para pendengar tidak akan Riena abaikan.”

Menyentuh mengenai karier lakonannya, Riena berkata beliau masih lagi akan aktif berlakon.

“Riena masih lagi menerima tawaran berlakon dan alhamdulillah, pihak produksi yang Riena bekerjasama memahami dan masih memberi Riena ruang untuk berlakon.”

Pemilihan Riena Diana sebagai teraju utama Geng Pagi Hot merupakan langkah berani buat Hot FM.

Ketua Audiens Melayu, Nik Nor Azura Nik Mahmood berkata trio terbaharu GPH kali ini pastinya akan memberi kelainan serta menyifatkan ia merupakan satu transformasi besar buat Hot FM.

Penyampaian Riena sangat bersahaja dan tidak kekok walaupun ianya merupakan pertama kali ke udara sebagai penyampai radio.

Kali terakhir penyampai wanita ke udara di segmen pagi di Hot FM adalah ketika bersama Fara Fauzana.

Azura juga berkata keupayaan serba boleh Riena untuk menarik audiens di platform digital adalah salah satu faktor mengapa Riena Diana menjadi pilihan Hot FM.

β€œBanyak segmen baharu yang kami akan tampilkan antaranya Bro Marky, karektor yang dimainkan oleh Mark Adam yang serba tahu akan cuba untuk menyelesaikan semua persoalan para pendengar dengan jawapan yang mencuit hati dan bersahaja.

Hot FM boleh didengari menerusi frekuensi 97.6FM di Lembah Klang, 88.2FM Alor Setar dan Pulau Pinang; 104.5FM Ipoh; 90.1FM Johor Bahru dan Singapura; 92.4FM Kuantan; 105.1FM Kota Bharu; 87.7FM Kota Kinabalu; 94.3FM Kuching; 104.3FM Melaka; 99.5FM Seremban; 90.5FM Taping; 105.0 Kuala Terengganu.

Written by: Azra Azuar


Previous post