Mengikuti perkembangan pelakon dan model terkenal Scha Al-Yahya, umum mengetahui bahawa Scha kini sedang sarat hamil dan bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Terbaharu, suaminya yang juga pengacara terkenal, Awal Ashaari memuat naik hantaran foto di laman Instagram miliknya, membuat check up jantina dan mahu melihat wajah bakal bayi mereka.
Akan tetapi, hasil pemeriksaan tidak dapat mengenal pasti wajah dan juga jantina kerana bakal bayi Scha dan Awal suka menyorok!
“Assalamualaikum.. as usual la dia sorok muka lagi.. Tapi tang hidung je dia tunjuk..
Ni hidung mommy ke, hidung daddy ke, hidung Lara?”

Scha sebelum ini mendedahkan pemeriksaan jantina bakal bayi mereka, tetapi keputusannya tetap sama dan masih belum diketahui.
“Dah dua kali pergi check, tapi dia masih lagi tutup. Doktor kata you can’t see anything between the legs.” ujar Scha ketika ditanya tentang jantina bayi tersebut.
Bagaimanapun, Scha menyatakan bahawa beliau akan memaklumkan serta berkongsi jantina bayi tersebut, selain memohon doa daripada orang ramai agar ia dipermudahkan.
Bagi pemilihan nama, nampaknya Scha dan Awal masih lagi akan mengekalkan nama pangkal L & A seperti anak sulung mereka iaitu Lara Alana.
Baca artikel sebelum ini : “Sekarang Baru Tahu Perasaan Naik Ambulans,” Scha Alyahya Dikejarkan Ke Hospital?
Sumber : Instagram Awal Ashaari