Siapa sangka seorang Shaheizy Sam yang dahulunya berbadan sado siap ada jawline, kini boleh berubah bentuk badan secara mendadak.

Seperti yang ramai tahu, Sam merupakan salah seorang pelakon yang sering melakukan aksi lasak dengan sendiri tanpa memerlukan bantuan stunt man.
Ketika zaman kegemilangan badan kurusnya, ramai para gadis meminati pelakon filem Polis Evo ini sehingga membuatkan ramai merindui lakonan beliau.

Namun kini mungkin Sam sedang membuat experiment dengan size badannya, sebab tu sekarang ni kita tak nampak Sam berbadan kurus.

Bapa kepada dua cahaya mata itu turut ada memuat naik foto throwback menampakkan penampilannya yang terdahulu.
Maka dengan itu ramai juga yang terkejut selepas melihat foto baharunya yang terkini.
Lebih melucukan apabila ada yang menyamakan wajah Sam yang bermisai itu persis seperti anak keduanya iaitu Sarima Samheizy.

Amboi korang, sampai hati terkejut tengok Sam dah berisi sikit ya, tunggu je nanti mesti Sam sado balik!
Sumber foto: Instagram Shaheizy Sam