Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

“Buat Content Hipokrit!” Bawa 12 Orang Pukul Sampai Kena Jahit, Geng YouTuber Ini Dikecam Netizen

today7 March 2021

Background

Kecoh di laman Twitter semenjak 6 March lalu apabila telah berlaku satu pergaduhan antara beberapa orang influencer bersama dengan seorang lelaki hanya disebabkan permainan futsal sahaja.

Menurut satu twit yang dimuat naik oleh pemilik akaun dikenali sebagai Bakhtiar Ikhwan, terdapat satu pergaduhan terjadi antara salah seorang anggota kumpulan Youtuber yang terkenal dengan video prank, sedekah dan banyak lagi.

Daripada twit berkenaan, didapati lelaki tersebut telah mengajak seramai 12 orang rakannya yang lain untuk memukul seorang lelaki di gelanggang futsal berkenaan selepas berlakunya kejadian salah faham antara mereka.

Namun seorang lelaki dikenali sebagai Rahimie telah dipukul oleh seramai 12 orang lelaki dengan menggunakan objek keras seperti walkie talkie serta alat tajam iaitu kerambit.

Akibat daripada pergaduhan tersebut, Rahimie telah mengalami kecederaan di bahagian muka, badan serta mengakibatkan kenannya koyak akibat terkena walkie talkie tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by JERN (@nazeerasardi)

Kejadiaan itu turut telah dilaporkan kepada pihak polis supaya siasatan lanjut dapat dijalankan.

Kini di Twitter ramai netizen sedang memperkatakan tentang isu ini sehingga laman Instagram mereka telah diserang dengan banyak komen negatif.

Sehingga kini, tiada berita susulan berkaitan kejadian gaduh berkenaan namun difahamkan ini bukan kali pertama kejadian gaduh berkaitan kumpulan itu berlaku.

Apa pun semoga kes ini dapat diselesaikan dan keadilan memihak kepada kebenaran.

Sumber foto dan video: Twitter dan Instagram

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

pecah

Sosial

Lagak ‘Gangster’ Di Pusat Futsal, 12 Individu Termasuk YouTuber Ditahan Pihak Polis

Tular di media sosial sejak semalam apabila sekumpulan YouTuber terkenal terdiri daripada 25 individu bertindak untuk menyerang seorang lelaki di pusat futsal. Tindakan yang dibuat bukan sahaja membuatkan para netizen berang malah turut mendapat perhatian pihak polis. Berdasarkan laporan terbaru yang dikongsikan, 12 individu termasuk YouTuber yang terbabit telah ditahan polis pihak menerusi serbuan yang dibuat. 12 individu termasuk Youtuber yang terbabit dalam pergaduhan di gelanggang... Klik sini untuk baca […]

today7 March 2021