Masih lagi hangat isu penggunaan perkataan ‘buat bodoh-bodoh’ yang disampaikan oleh pakar motivasi, Datuk Prof Dr. Muhaya.
Ramai yang memberi reaksi berbeza-beza berdasarkan penyampaian beliau.
Antara yang turut memberi kenyataan berkaitan hal tersebut ialah doktor perubatan, Dr. Amalina yang kini berkhidmat di London.
Bagaimanapun, kenyataannya juga tidak disenangi orang ramai sehingga akaun Instagram beliau ‘diserang’ netizen.
Baca artikel berkaitan: Beri Tip Wanita Mahu Bertemu Jodoh Perlu Jadi Bodoh, Dr. Amalina Selar Ulasan Tak Masuk Akal
Menurut satu tweet yang dibuat oleh doktor itu, beliau meminta netizen untuk melaporkan akaun-akaun Instagram yang dikongsikannya kerana telah menghantar direct message (DM) berbentuk kecaman kepadanya.
Melalui ciapan tersebut, ramai yang membalasnya dengan kebanyakannya mempertahankan kenyataan Dr. Amalina.
Bagaimanapun, Prof Muhaya sudah membuat penjelasan tentang kenyataannya yang tular, serta menyatakan permohonan maaf melalui Instagram beliau.
Semoga perkara ini dapat selesai dengan sebaiknya.
Sumber: Twitter Dr. Amalina dan Instagram Datuk Prof Dr. Muhaya