Hot FM

Ammar Titan Kongsi Resipi Ayam Madu, Tetapi Lain Pula Yang Jadi Di Hujung Video

Semenjak Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan ataupun PKP 2.0 dilaksanakan pada 13 Januari 2021, kebanyakan orang sudah mula membuka kembali buku resipi untuk mencuba menu-menu baharu.

Salah seorang daripadanya adalah pelawak, pengacara dan pelakon iaitu Azizul Ammar bin Abu Hassan atau lebih dikenali sebagai Ammar Titan.

Ammar yang juga bekas penyampai radio Hot FM baru-baru ini telah berkongsikan satu video resipi masakan ayam madu, akan tetapi apabila melihat resipi yang dikongsikan di hujung video, macam bukan ayam madu pulak!

Rupa-rupanya resipi ‘ayam madu’ yang dikongsikan pelawak itu, bukan lah ayam madu yang sebenar.

Tetapi madu baharu untuk isterinya, iaitu pelakon Hannah Delisha!

Aduhai memang minta ‘kaki’ ya Ammar ni!

Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan warganet turut terhibur melihat gelagat Ammar dan isterinya itu.

Amacam, ada yang berani ke nak cuba resipi ayam madu Ammar ni?

Sumber : Instagram Ammar Armada

Exit mobile version