Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Anak Pelakon Veteran, Pengusaha Produk Jamu Terkenal Didakwa Di Mahkamah

today28 September 2020

Background

Anak perempuan kepada pelakon wanita veteran yang juga pengusaha produk jamu terkenal bakal didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini.

Sumber berkata, wanita berusia 46 tahun itu bakal berdepan pertuduhan membabitkan penjualan produk kesihatan tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Difahamkan, adik perempuan kepada wanita itu pernah mencetuskan kontroversi apabila mempromosikan produk berkenaan menggunakan elemen lucah menerusi video di media sosial sebelum ini.

“Anak perempuan kepada aktres veteran itu bakal didakwa kerana menjual produk merawat pelbagai masalah dalaman wanita tanpa memperoleh kelulusan KKM terlebih dahulu.

“Produk diedarkan di pasaran itu didakwa dihasilkan menggunakan pelbagai jenis herba selain dikatakan mampu memulihkan hubungan rumah tangga,” katanya.

Susulan pelbagai dakwaan dilakukan melalui media sosial, sepasukan pegawai KKM melakukan siasatan terhadap premis kecantikan milik anak pelakon itu di Subang Jaya.

Ketahui selanjutnya di sini.

Written by: Fieyna Azman

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *